Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sambil mengucapkan tahniah sempena hari kelahiran Rasulullah (s.a.w) dan Nabi Isa (a.s) Ayatullah Jannati dalam khutbah Jumaat di Tehran berkata, "Saya berharap para pengikut baginda beramal dengan perintah-perintahnya, termasuklah membantu orang yang merana akibat dizalimi."
Menyentuh tentang masalah hijab wanita, beliau menegaskan, "Semoga Allah memberikan keberkatan kepada anggota polis lelaki yang membanteras pelanggaran kehormatan hijab."
"Minggu ini merupakan minggu keberkatan antara saudara Ahlisunah dan Syiah dalam menjalinkan hubungan persaudaraan," ujar beliau.
Ayatullah Jannati memberi amaran tentang azab yang bakal menimpa para pemimpin negara Arab, "Para pemimpin negara-negara Arab berhak menerima sabarang azab. Sekiranya bukan di dunia, maka di akhirat mereka tetap menanggungnya."
Tambah beliau lagi, "Sebuah masyarakat 1.5 bilion yang mempunyai kebudayaan, tamadun tiada tandingan, pengalaman sejarah, kehadiran umat di dalam arena strategik, termasuk memiliki simpanan minyak dan gas yang mana sekiranya simpanan ini digunakan untuk masyarakat, maka tidak ada lagi orang yang kebuluran. Manfaat dari simpanan ini sentiasa menjadi subjek perpaduan.
"Sekiranya masyarakat Islam bersatu antara satu sama lain, nescaya musuh tidak akan melihat mereka dengan sebelah mata atau membunuh individu Muslimin mahupun merampas harta umat. Namun kita melihat sebahagian pemimpin negara-negara Islam menyerah pada kuasa angkuh global," ujar beliau.